
3,000 DIJANGKA MERIAHKAN MAJLIS BERSELAWAT SERI BENDAHARA
AYER KEROH 8 Oktober – Majlis Berselawat Seri Bendahara Tahun 2024 Malam Cinta Rasul dijadualkan pada 13 Oktober ini dijangka mampu menarik penyertaan sehingga 3,000 umat Islam.
Penganjuran majlis ilmu itu adalah bersempena meraikan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sekali gus menyuburkan lagi syiar Islam dan budaya masyarakat Melayu di Negeri Melaka.
Majlis berkenaan dijadual diadakan di Dataran Seri Bendahara iaitu kediaman rasmi Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan bermula seawal jam 6 petang.
Usai solat Maghrib berjemaah umat Islam yang hadir akan menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul bermula di hadapan kediaman Ketua Menteri sehingga ke pentas utama majlis.
Majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran, selawat dan tausiah disampaikan penceramah jemputan iaitu Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badli Shah Alaudin, Dr. Habib Musthofa Abdul Wahab Al Haddar dan Ustaz Muhammad Hatta Syamsul Ariffin Abd Rahim.
Lebih menarik jemputan yang hadir berpeluang menikmati jamuan makan berdulang yang dimasak secara gotong-royong oleh para jemaah surau yang terlibat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA LAKAR LEBIH 90 KEJAYAAN DALAM TEMPOH DUA TAHUN
AYER KEROH 18 Mac - Tanggal 31 Mac depan genap dua tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diberi amanah...
SISA PEPEJAL MENURUN, SISA MAKANAN MENINGKAT DI TAPAK PELUPUSAN
AYER KEROH 18 Mac - Jumlah sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan sampah seluruh negara menunjukkan penurunan sebanyak 2.7...
MELAKA UMUM 2 INISIATIF KHAS AIDILFITRI
AYER KEROH 18 Mac - Dua inisiatif khas disediakan Kerajaan Negeri bagi meringankan beban rakyat dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri...
REZEKI ANAK DAPAT BAJU RAYA PERCUMA
Oleh: Azwani Mohammad PENGKALAN BATU 18 Mac - Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat 210 anak-anak fakir, miskin dan yatim...
BAYAR ZAKAT BERSEMUKA MASIH JADI PILIHAN
PENGKALAN BATU 18 Mac - Kaedah pembayaran Zakat Fitrah menerusi amil tetap menjadi pilihan umat Islam di negeri ini meskipun...
PERMAINAN VIDEO ROBLOX INSPIRASI PERKAMPUNGAN HANG TUAH
DUYONG 18 Mac - Melaka International College of Science And Technology (MiCoST) kini dalam usaha membangunkan permainan video berbentuk animasi...