3,000 BANJIRI KARNIVAL SEJAHTERAKAN BANDARAYAKU DUN AYER MOLEK

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER MOLEK 26 Oktober – Lebih 3,000 pengunjung membanjiri Karnival Sejahterakan Bandarayaku DUN Ayer Molek bertempat di Japerun Ayer Molek, di sini, hari ini.

Karnival terbabit dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersama Japerun Ayer Molek.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman berkata pelbagai program dan aktiviti telah dirangka untuk disajikan kepada pengunjung.

Beliau yang juga Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri berkata, antara aktiviti dianjurkan adalah sesi Townhall, pameran dan jualan, pameran pendidikan, sukan rakyat serta kaunter semakan bayaran pelbagai perkhidmatan kerajaan.

“Penganjuran karnival ini berlangsung dua hari di mana pada malam pertama dianjurkan Program Ayer Molek Berselawat dan diikuti Karnival Sejahterakan Bandarayaku pada hari kedua berkonsepkan sukan rakyat berserta pameran oleh jabatan atau agensi.

“Ini merupakan usaha tambahan bagi menyebar luas perkhidmatan, peranan, fungsi dan inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Melaka, di samping merapatkan jurang antara agensi dan kerajaan dengan penduduk tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Karnival Sejahterakan Bandarayaku DUN Ayer Molek di Japerun Ayer Molek di sini, hari ini.

Karnival itu telah dirasmikan oleh Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Rais Yasin yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

403
Kongsi :
Previous post ILMU DIGITAL AMAT PENTING MASA KINI
Next post KAYAK SPRINT RANCAKKAN TMM2024
Ubah saiz-+=