300 pelajar tingkatan 5 DUN Asahan terima bantuan persekolahan

Masa Membaca:57 Saat

ASAHAN 17 Julai – Kira-kira 300 pelajar daripada lima buah sekolah sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menerima sumbangan bantuan persekolahan daripada Yayasan Bank Rakyat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, di sini, hari ini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, sumbangan terbabit diserahkan untuk semua pelajar tingkatan lima yang yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Katanya, sumbangan wang tunai itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban pelajar, disamping boleh digunakan untuk membeli buku latihan dan rujukan menjelang peperiksaan.

“Program penyerahan sumbangan kepada pelajar tingkatan lima ini kita adakan setiap tahun sebelum pelajar menduduki peperiksaan SPM, di mana tahun ini memasuki tahun ketiga.

“Semua pelajar yang menerima bantuan ini daripada empat buah sekolah dalam DUN Asahan, manakala sebuah sekolah dalam DUN Rim namun dijadikan sekolah angkat DUN Asahan kerana 80 peratus daripada pelajarnya tinggal dalam DUN Asahan.

“Lima buah sekolah itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selandar; SMK Simpang Bekoh; SMK Nyalas; Sekolah Menengah Arab (SMA) JAIM Assyakirin, Selandar dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar (SBPIS),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

88
Kongsi :
Previous post Kenangan urus jenazah mangsa nahas MH17 masih segar diingatan – Hazarudin
Next post Kes bunuh Nur Farah Kartini: 26 saksi dirakam keterangan – KP Selangor
Ubah saiz-+=