
30 Paramedik Komuniti bersiap sedia!
BANDARAYA MELAKA 31 Disember – Seramai 30 Paramedik Komuniti telah bersiap sedia bertugas menjaga aspek kecemasan sempena Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) Dan Ambang Tahun Baharu 2024, malam ini.
Ketua Kumpulan Paramedik Komuniti, Roszaida Mohd Saad,38 berkata, sebanyak 10 kumpulan telah ditempatkan di 10 lokasi di sekitar tapak pelancaran berkenaan
“Kami sebagai Paramedik Komuniti telah bersiap sedia berdepan sebarang kebarangkalian jika kecemasan berlaku
“Alhamdulillah setakat ini keadaan terkawal di setiap lokasi yang ditempatkan,” katanya kepda Melaka Hari Ini.

Sementara itu, Muhammad Asrul Nizam Aminudin, 24 berkata, persiapan awal telah dilaksanakan kumpulan itu sejak jam 5 petang tadi.
Katanya, berbekalkan ilmu kecemasan yang diberikan mereka telah bersiap sedia menawarkan perkhidmatan itu kepada orang ramai yang datang memeriahkan sambutan itu.
“Segala kelengkapan perubatan dan kecemasan telah disiapkan sepanjang program ini dilaksanakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.