3 KEPERIBADIAN KETUA MENTERI MELAKA DIKAGUMI ‘YB MAT’

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

AYER KEROH 28 Ogos – Karakter yang tegas, jelas dan rajin menjadi tiga keperibadian Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang dikagumi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong.

Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, tiga ciri tersebut menjadi antara pemacu perubahan Melaka pada hari ini, sehingga nama negeri ini mula masyhur ke serata dunia.

Beliau yang mesra dipanggil ‘YB Mat’ berkata, walaupun mewarisi pentadbiran ketika negara melalui fasa pasca pandemik COVID-19, namun Ketua Menteri berjaya membuktikan visi dan kerja kerasnya berupaya mewajah Melaka ke suatu tahap lebih baik.

“Kenapa saya kata beliau rajin, cubalah buat temu janji dengan beliau belum tentu kita dapat berjumpa kerana waktu beliau sangat padat demi melaksanakan tanggungjawab untuk Negeri Melaka.

“Ab Rauf juga merupakan seorang pemimpin yang sangat jelas dengan apa tindakan dibuat dan direncanakan, seperti contoh usahanya untuk menarik pelabur ke Melaka.

“Beliau bukan sahaja menarik pelabur ke Melaka, bahkan beliau sudah tahu tindakan susulan yang selari dengan hasrat itu, seperti membuka kawasan perindustrian dan memperkasa TVET supaya anak-anak di negeri ini dapat memenuhi peluang pekerjaan yang ditawarkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran dalam Podcast ‘Mana Lagi, Melaka Ler’ di Studio Melaka TV, baru-baru ini.

Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri turut menasihatkan agar segala usaha yang dilakukan itu tidak menjadi modal politik oleh segelintir pihak yang akhirnya boleh merencatkan pembangunan dan kemajuan di negeri ini.

“Kadang-kadang ada gangguan tertentu sehingga semua benda nak dipolitikkan. Sebenarnya banyak insiatif kita lakukan untuk merancakkan sesuatu kawasan itu demi limpahan ekonomi kepada rakyat Melaka.

“Jadi untuk berlaku adil kepada semua, kita perlu berikan peluang dan masa untuk beliau (Ab Rauf) melakukan yang terbaik demi negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

109
Kongsi :
Previous post MPHTJ PERKENAL BIL CUKAI DIGITAL TAHUN HADAPAN
Next post LAHIR BAKAT MASA DEPAN NEGARA
Ubah saiz-+=