298 penunggang terima manfaat MyLesen B2

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

BANDA HILIR 31 Oktober- Seramai 298 rakyat di Melaka menerima lesen memandu kelas B2 menerusi program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) di Dewan Muzium Rakyat di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli berkata kesemua calon yang menerima lesen merupakan golongan B40.

Jelasnya, mereka dipilih berdasarkan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Baitulmal dan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).

“Kesemua 298 calon merupakan golongan berpendapatan rendah dan telah diuji serta dilatih di tujuh institusi memandu di Melaka.

“Inisiatif MyLesen ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan terhadap golongan tidak berupaya yang memerlukan pengangkutan untuk meneruskan kelangsungan hidup mencari rezeki,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lesen Memandu Sempena Program MyLesen (B2) Peringkat JPJ Negeri Melaka di Dewan Muzium Rakyat di sini hari ini.

Hadir sama Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan timbalannya, Zahari Abd Kalil dan Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff.

Mengulas lanjut, Aedy Fadly berkata secara keseluruhan seluruh negara, kerajaan mensasarkan seramai 9,000 peserta akan mengikuti Program MyLesen tersebut.

Tambahnya, bagi program terbabit kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.7 juta bagi peruntukan MyLesen B2 dengan sasaran RM300 bagi setiap calon.

“Setakat Oktober, seramai 8,715 orang telah menerima lesen B2 menerusi program MyLesen.

“Ia selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Belanjawan 2023 tahun lalu untuk memberikan insentif lesen secara percuma kepada golongan B40.

“Bagi sasaran pada tahun hadapan, pihaknya menyasarkan seramai 40,000 calon akan dilatih dan diuji menerusi program MyLesen namun segala gerak kerja dan peruntukan masih belum dibincangkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

886
Kongsi :
Previous post PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor yang dipilih sebagai Agong ke-17
Next post Lif rosak, APM bantu turunkan tiga sekeluarga
Ubah saiz-+=