
28 usahawan tempatan pamer hasil kraftangan
AYER KEROH 14 Januari – Pelbagai hasil kraftangan yang unik dan cantik dipamerkan dalam pameran sehari oleh usahawan makmal kraf di Kompleks Kraf Melaka di sini hari ini.
Pameran yang disertai 28 usahawan kraf tempatan itu turut memperlihatkan hasil tangan 12 peserta makmal batik tanah liat (batik clay) dan 16 peserta makmal rotan.
Turut difahamkan, kesemua peserta makmal kraf tempatan itu di bawah inisiatif Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti Kraf (PPKK).
Ia bertujuan membangun dan memperkasa komuniti kraf bagi melibatkan diri secara langsung dalam perusahaan kraf untuk menjana pendapatan utama dan sampingan.

Pameran sehari itu diadakan bersempena Lawatan Kerja Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King SingĀ ke Melaka.
Hadir sama ke pameran tersebut, EXCO Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, ‘Ainu Sham Ramli.
Dalam pameran terbabit, turut diadakan bengkel membuat rotan, anyaman, ukiran kayu dan pelbagai lagi.
Untuk makluman, Kompleks Kraf Melaka turut menjadi medan menjual hasil kraftangan usahawan tempatan dan dijual dengan harga berpatutan kepada orang ramai.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.