Sorting by

×

28 USAHAWAN MELAKA BERKAMPUNG DI MAHA 2024

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

SERDANG 12 September – Seramai 28 usahawan Negeri Melaka diberi peluang memasarkan produk mereka di Pavilion Negeri Melaka sepanjang Sambutan Edisi ke-100 Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata bertemakan ‘Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossom’, MAHA 2024 dijangka mampu menarik lebih tiga juta pengunjung.

“Ini termasuk penyertaan usahawan tempatan dan antarabangsa mewakili 16 negara seperti dari Jepun, Thailand, Singapura, Hong Kong, Indonesia dan Brunei.

“MAHA 2024 juga dibahagikan kepada 48 segmen melibatkan aktiviti pameran dan jualan, antaranya Kingdom of Fruit, Laman Sayur dan Herba, Laman Perikanan serta Laman Mekanisasi.

“Saya berharap semua usahawan Melaka yang mengambil bahagian pada MAHA 2024 kali ini merebut peluang mempromosikan produk keluaran mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pavilion Negeri Melaka pada Sambutan Edisi ke-100 MAHA 2024 di MAEPS, Serdang di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh barisan Timbalan Exco Kerajaan Negeri dan lain-lain kenamaan.

Untuk rekod MAHA 2024 berlangsung selama 12 hari bermula semalam sehingga 22 September ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

692
Kongsi :
Previous post LELAKI MENYAMAR JADI PGA DITAHAN
Next post PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT CIPTA REKOD BAHARU
Ubah saiz-+=