
275 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di JB
JOHOR BAHRU, 2 Jan – Seramai 275 mangsa banjir ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini sejak semalam selepas kawasan mereka dinaiki air akibat hujan lebat.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R.Vidyananthan berkata hujan lebat serta pertembungan air laut pasang telah menyebabkan berlakunya banjir.
“Daripada jumlah itu, seramai 90 mangsa banjir ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Batu 10, Skudai manakala 185 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Masai.
“Antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Laut Batu 10, Skudai, Kampung Sentosa Barat dan Kampung Sentosa Damai,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Kampung Cahaya Baru pula dipindahkan ke PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Masai akibat peningkatan bilangan mangsa malam tadi.
Hujan lebat yang turun sejak 8 malam tadi berterusan hingga pagi ini.- BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
POLIS MOHON BANTUAN KESAN LELAKI HILANG SEJAK 5 APRIL
KUALA LUMPUR 7 April - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang...
WANITA WARGA EMAS RENTUNG, 16 RUMAH SETINGGAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI BINTULU
BINTULU 7 April - Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran yang memusnahkan 16 rumah setinggan di tepi Sungai Plan,...
LELAKI DITAHAN, BANTU SIASATAN KES PUKUL JIRAN WARGA EMAS
AYER KEROH 7 April - Polis menahan seorang lelaki selepas didakwa bertindak memukul seorang warga emas yang juga jirannya dalam...
MBMB ANTARA 20 BANDAR PALING BAHAGIA 2025
BANDA HILIR 7 April - Sebanyak 200 belon diagihkan kepada orang ramai di perkarangan Jam Besar Banda Hilir sebagai simbolik...
PEMANDU LORI MAUT DIHEMPAP LORI TANAH 10 TAN DI ANTARA GAPI
KUALA LUMPUR 7 April - Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan...
346 KEMALANGAN DIREKODKAN SEPANJANG OP SELAMAT 24
AYER KEROH 7 April - Tiga kemalangan maut direkodkan sepanjang tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 24 sempena Hari Raya...