27 TASKA TIDAK BERDAFTAR DI MELAKA TELAH DIAMBIL TINDAKAN

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 10 September – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka telah mengambil tindakan ke atas 27 taman asuhan kanak-kanak (taska) yang tidak berdaftar di negeri ini, setakat Ogos lalu.

Pengarah JKM Negeri Melaka Halyjah Muhammad berkata, daripada jumlah tersebut, sembilan daripadanya dikenakan tindakan LAK (diarah tutup), sembilan dalam tindakan kompaun, lapan telah dikompaun dan satu telah didakwa di mahkamah.

Menurutnya, satu pasukan petugas khas (taskforce) juga telah dibentuk oleh JKM bagi mengadakan perbincangan dengan Persatuan Taska dalam mendesak semua pengusaha taska di negeri ini agar segera mendaftar.

“Ibu bapa dinasihatkan untuk menghantar anak-anak ke Taska yang berdaftar bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini walaupun masih ada pengusaha Taska berdegil kerana ada permintaan tinggi dalam kalangan ibu bapa.

“Semua taska berdaftar direkodkan di dalam portal JKM dan semakan taska berdaftar boleh dibuat melalui laman web www.jkm.my,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Halyjah, di Melaka terdapat 137 taska berdaftar, di mana ia membabitkan 101 di daerah Melaka Tengah, 19 di daerah Jasin dan 17 di daerah Alor Gajah.

Sementara itu, beliau memaklumkan taska di Taman Kelemak Utama yang terpalit kes kematian bayi lelaki berusia lapan bulan, Jumaat lalu telah dienakan tindakan Lak, semalam (9 September).

“Seramai lima pasukan dan tiga pegawai penyiasat telah hadir ke taska berkenaan bagi menyerahkan Notis Pemberitahuan Tindakan Lak berkuatkuasa 9 September dan ditandatangani pengusaha taska sendiri.

“Notis tersebut telah ditampal di pintu masuk dan kawasan sekitar premis taska,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1587
Kongsi :
Previous post STESEN PERTOLONGAN CEMAS BANDA HILIR DIIKTIRAF
Next post KEMATIAN BAYI BELUM TERJAWAB, KELUARGA MAHU KEADILAN
Ubah saiz-+=