Sorting by

×

26 PATI ditahan gagal kemuka dokumen pengenalan diri

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 11 Jan – Seramai 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam tujuh serbuan berasingan di sekitar daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah semalam.

Pengarah Jabatan Imigeresen Melaka (JIM), Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata warga asing yang ditahan terdiri daripada 18 lelaki dan lapan wanita yang berasal dari Vietnam, Myanmar dan Pakistan.

Katanya, warga asing terbabit telah ditahan dalam empat siri operasi iaitu Ops Minyak, Ops Selera, Ops Sapu dan Ops Gegar bermula pada jam 2.30 petang sehingga 11.55 malam semalam.

“Antara lokasi yang diserbu dalam operasi ini adalah pusat servis kenderaan, restoran dan rumah kedai yg disyaki menggajikan pekerja asing tanpa permit kerja yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata antara kesalahan dikesan termasuk tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa selain pas lawatan kerja sementara tamat tempoh .

“Kesemua warga asing ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) sebelum dibawa ke Pejabat Imigresen Bahagian Penguatkuasa untuk siasatan lanjut.

“Dalam operasi itu, JIM Melaka turut mengeluarkan tujuh saman kepada saksi telah dikeluarkan pada hari tersebut bagi membantu siasatan.

“Kesemua tahanan berkenaan akan menjalani ujian saringan Covid 19 sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1114
Kongsi :
Previous post Melaka peruntuk RM900,000 laksana projek atasi banjir
Next post Setiausaha Akhbar MB Pahang meninggal dunia
Ubah saiz-+=