
26 PASUKAN REBUT KEJUARAAN MENARA TAMING SARI ‘URBAN HUNT’
BANDA HILIR 26 Oktober – Sebanyak 26 kumpulan dari dalam dan luar Melaka menyertai pertandingan Menara Taming Sari ‘Urban Hunt’ (Treasure Hunt), hari ini.
Upacara pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad (MTSB), Nasrul Ahmad di perkarangan Menara Taming Sari, pagi tadi.

Kesemua 26 kumpulan perlu menyempurnakan beberapa tugasan berkonsepkan pencarian harta karun di sekitar kawasan negeri ini dan melibatkan perjalanan lebih 100 kilometer.
Dianjurkan oleh MTSB, Menara Taming Sari ‘Urban Hunt’ menawarkan hadiah keseluruhan RM3,700, yang mana juara akan membawa pulang hadiah RM1,500 manakala tempat kedua RM1,000, tempat ketiga RM500, tempat keempat RM400 dan tempat kelima RM300.
Kesemua peserta dijangka akan menamatkan pertandingan tersebut sekitar jam 3 petang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...