26 Adun sokong usul terima kasih ucapan TYT

Masa Membaca:48 Saat

AYER KEROH 15 Mac – Seramai 26 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka menyokong usul perbahasan Terima Kasih Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi Persidangan Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15, kelmarin.

Usul itu dibahaskan oleh 16 Adun selama dua hari bermula semalam dengan dengan dimulakan ketua pembangkang yang juga Adun Bemban, Dr. Mohd Yadzil Yaakub dan diakhiri Adun Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Sesi penggulungan dibuat oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dengan menjawab kesemua usul dan cadangan yang dikemukakan semasa sesi perbahasan oleh kesemua Adun.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum kemudian mengumumkan seramai 26 Adun menyokong usul dan diluluskan dengan undian yang terbanyak.

Bagaimanapun dua wakil rakyat iaitu Adun Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Adun Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis tidak hadir pada hari ketiga sidang berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1502
Kongsi :
Previous post DUN Melaka lulus usul tubuh dua kumpulan wang amanah
Next post Lelaki hilang ketika mendaki Bukit Beruang
Ubah saiz-+=