2,568 syarikat pengendali pelancongan terjejas dibantu
PUTRAJAYA 10 Jun – Sebanyak 2,568 syarikat pengendali pelancongan menerima bantuan kewangan di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) melibatkan penyaluran peruntukan berjumlah RM7.70 juta.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini bagaimanapun berkata, masih banyak syarikat berkaitan belum menerima manfaat daripada bantuan kewangan yang disediakan itu.
“Justeru, MOTAC akan menambah baik syarat kelayakan bagi memastikan lebih banyak golongan sasaran menerima manfaat dengan tampil mengemukakan permohonan bagi tujuan tersebut,” menurut kenyataan itu.
Menurut MOTAC, maklumat mengenai syarat kelayakan PEMERKASA 2021 bagi syarikat pengendali pelancongan yang berlesen di bawah kementerian itu boleh didapati melalui laman sesawang http://www.motac.gov.my/PemerkasaMotac2021.
Tarikh tutup permohonan bagi inisiatif tersebut adalah pada 15 Julai ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lalu mengumumkan Geran Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MENARA TAMING SARI SASAR 800,000 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 6 Januari - Menara Taming Sari yang menyajikan permandangan 360 darjah sekitar bandar Melaka menyasarkan 800,000 pengunjung tahun...
APA YANG ‘BEST’ BILA LARUT MALAM DI SUNGAI MELAKA?
BANDARAYA MELAKA 6 Januari - Melaka Bila Larut Malam kembali lagi pada 2025 dalam merancakkan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025...
RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
KUALA LINGGI 5 Januari - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG
AYER KEROH 5 Januari - Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka 'Night Safari' lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi...
KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
KUALA LINGGI 6 Januari - Kira-kira 10,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dijangka akan memeriahkan kenduri rakyat pada...
W.R.U.R: KAMI DATANG UNTUK RAKYAT
KUALA LINGGI 5 Januari - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) diseru untuk hadir memeriahkan pelbagai program yang diadakan selama...