
25 penduduk Rim terima sumbangan bakul makanan
RIM 13 Ogos – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jasin tidak ketinggalan menyalurkan sumbangan bakul makanan Covid-19 bagi penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Wira Ghazale Muhammad berkata, seramai 25 penduduk daripada golongan ibu tunggal, asnaf dan fakir miskin terpilih untuk menerima manfaat itu.
“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban masyarakat yang terjejas pada musim Covid-19 ini.
“Kebanyakkan mereka tidak bekerja dan bagi ibu tunggal pula mereka baru mula bekerja untuk mendapatkan pendapatan kembali,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Sumbangan Bakul Makanan Covid-19 di Kompleks Japerun Rim, semalam.
Setiap penerima dipilih oleh Japerun Rim menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) dan JKM Jasin.
Views:
Related


Berita Lain
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...
PESAWAH MELAKA DAPAT BENIH PADI BERKUALITI HARGA MURAH
SERI NEGERI 29 April - Inisiatif Kerajaan Negeri membangunkan ladang benih padi di Sawah Tengah Padang, Merlimau terbukti berjaya membawa...