
24,530 individu menerima bantuan
AYER KEROH, 11 Dis. – Seramai 24,530 penerima menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sehingga September 2020.
Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan, Datuk Wira Latipah Omar (BN-Taboh Naning) berkata, daripada jumlah itu seramai 4,965 orang menerima bantuan daripada peruntukan negeri manakala daripada persekutuan 19,565 penerima.
“Daripada jumlah itu, penerima dari daerah Jasin seramai 6,366 orang; Melaka Tengah, 11,436 dan Alor Gajah seramai 6,688 orang.
“Ini menunjukkan tiada sebarang pemutihan dilakukan ke atas penerima bantuan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Seah Shoo Chin (DAP- Duyong) pada hari ketiga Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14, hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...