Sorting by

×

24 ‘ADIWIRA’ PARAKOM BERTUGAS DI LOKASI PELANCONGAN SEMPENA CUTI 20 FEBRUARI

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BANDA HILIR 20 Februari – Seramai 24 anggota Paramedik Komuniti (PARAKOM) ditempatkan di tempat-tempat pelancongan yang menawarkan kemasukan percuma sempena cuti umum Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu, hari ini.

Pegawai Operasi PARAKOM Tengku Faizal Shazlin Tengku Noor Fazerl berkata, kesemua mereka ditempatkan di empat lokasi utama iaitu Zoo Melaka, Melaka River Cruise Pengkalan Eama, Air Panas Gadek dan First Aid Station Banda Hilir.

Menurutnya, anggota teramai ditempatkan adalah di First Aid Station Banda Hilir iaitu seramai 10 anggota memandangkan kawasan itu meliputi beberapa tempat pelancongan seperti muzium-muzium, Menara Taming Sari dan Bangunan Merah.

“Selain itu, lapan PARAKOM ditempatkan di Kompleks Air Panas Gadek, empat di Zoo Melaka dan dua lagi di Melaka River Cruise Pengkalan Rama.

“Kesemua mereka berkhidmat sejak pagi lagi dan ada di antaranya akan bekerja sehingga malam iaitu pada program khas Rapat Umum Bahtera Merdeka di hadapan Muzium Belia, Banda Hilir,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Tengku Faizal Shazlin, kehadiran PARAKOM terbukti sangat membantu dalam memberi bantuan awal apabila terdapat dua kes kecemasan telah dilaporkan.

“Kes pertama adalah di Zoo Melaka iaitu membabitkan kanak-kanak dua tahun yang mengalami luka di jari dan kes kedua di Air Panas Gadek membabitkan kanak-kanak berusia 12 tahun terpijak paku.

“Kedua-dua mereka telah menerima rawatan daripada PARAKOM yang ditempatkan di lokasi tersebut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

166
Kongsi :
Previous post KALENDAR KHAS PAPAR TARIKH PENTING
Next post MASUK PERCUMA KE LIMA KELAB GOLF LENGKAPKAN SAMBUTAN 20 FEBRUARI