Sorting by

×

2,322 pegawai dan anggota PDRM undi awal di 24 lokasi esok

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 15 Nov- Seramai 2,322 pegawai dan anggota polis akan mengundi awal di 24 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di seluruh Melaka esok.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata, daripada jumlah terbabit, seramai 2,016 petugas masih bertugas di kontinjen Melaka.

Katanya, proses pengundian itu akan bermula pada jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

“Antara pusat mengundi tersebut termasuk di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bilik Media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Dewan Serbaguna IPD Alor Gajah dan Dewan Serbaguna IPD Jasin.

“Seramai 137 anggota dan pegawai bertugas pagi esok akan menentukan serta melicinkan perjalanan undi awal di 24 lokasi.

“Bagi tahap keselamatan ditempat mengundi kita telah pun menjalankan beberapa Latihan Andaian untuk kita mengelakkan tempat pembuangan undi dari diganggu guat dan perkara tidak diingini berlaku selain kita telah menetapkan beberapa pegawai dan anggota bagi menentukan proses berjalan lancar,” katanya.

Beliau bekata demikian selepas meninjau pusat mengundi awal di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.

Mengulas lanjut, seramai 137 pegawai dan anggota akan bekerjasama dengan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memantau perjalanan proses undi awal termasuk prosedur operasi standard (SOP) di 24 pusat mengundi terbabit.

Tambahnya, SPR turut mewujudkan khemah bergejala bagi pegawai dan anggota yang tidak sihat untuk mengundi.

“Bagaimanapun, pegawai dan anggota yang sedang menjalani kuarantin COVID-19 tidak dibenarkan mengundi dan saya memberi jaminan proses mengundi awal esok akan berjalan lancar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

848
Kongsi :
Previous post Undi awal bakal saksikan SOP ketat menanti pemilih esok
Next post Rim: Dira mahu ketengah bakat sukan dari kampung
Ubah saiz-+=