
22,980 bilik hotel di Melaka tampung pengunjung
BANDARAYA MELAKA 10 April – Sebanyak 22,980 bilik hotel ditawarkan sektor pelancongan di Melaka bagi menampung keperluan pelancong dalam dan luar negara pada Fasa Peralihan ke Endemik.
EXCO Pelancongan negeri, Datuk Muhammad Jailani berkata, sasaran 5.6 juta kedatangan pelancong ke negeri ini tahun ini mampu dicapai dan meningkat secara mendadak selepas sambutan Aidilfitri.
Katanya, ia berikutan melihatkan pada perkembangan sektor pelancongan sejak Fasa Peralihan ke Endemik 1 April lalu, jalan raya di negeri ini mulai sesak terutama pada hujung minggu.
“Jika kita lihat keadaan semasa jalan-jalan utama negeri ini, didapati mulai sesak dan meningkat dengan ketara terutamanya pada hujung minggu.
“Situasi ini sangat berbeza dengan Ramadan dua tahun lepas dan kedatangan ramai pengunjung ini akan memberi impak positif kepada semua pemain industri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini selepas melancarkan Bufet Ramadan Nostalgia Selera Kampung The Straits Hotel & Suites Melaka di sini. kepada pemberita di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...