Sorting by

×

223 PESERTA MERIAHKAN BOLING DUN TANJUNG BIDARA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 25 Disember – Kejohanan Boling Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menyaksikan seramai 223 peserta terlibat dalam program tersebut.

Setiausaha Japerun Tanjung Bidara, Ahmad Warid Ismail berkata kejohanan ini merupakan inisiatif Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang bertujuan merapatkan silaturahim warga DUN tersebut.

Katanya, jumlah penyertaan adalah amat memberangsangkan dengan menyaksikan 223 peserta terlibat dan kesemuanya adalah warga DUN Tanjung Bidara.

“Alhamdulillah, jumlah penyertaan amat memberangsangkan dan kejohanan ini sendiri adalah antara inisiatif Ketua Menteri merangkap Adun Tanjung Bidara (Ab Rauf) yang bertujuan merapatkan silaturahim antara sesama warga DUN ini.

“Dengan sambutan yang menggalakkan, kejohanan ini akan dijadikan sebagai program tahunan di peringkat DUN Tanjung Bidara,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui selepas program Kejohanan Boling DUN Tanjung Bidara di Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC), di sini, semalam.

Hadir sama Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri merangkap Adun Ayer Limau; Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Sementara itu, Ab Rauf turut hadir merasmikan kejohanan tersebut dan beliau turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan semua peserta terbabit.

Kejohanan tersebut mempertandingkan dua kategori individu iaitu lelaki serta wanita dan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM4,200.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

87
Kongsi :
Previous post MENSEJAHTERA RAKYAT FOKUS BAJET 2025 NEGERI MELAKA
Next post SYUKUR RAMAI YANG PRIHATIN
Ubah saiz-+=