
213 graduan UTeM terima anugerah sesi pertama
DURIAN TUNGGAL 9 Dis – Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Ke -16 sesi pertama hari ini menyaksikan seramai 213 graduan bakal menerima penganugerahan selepas menamatkan pengajian.
Anugerah tersebut disampaikan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam.
Ketibaan Tun Mohd Ali di Dewan Canselori UTeM kira-kira jam 9.40 pagi diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali serta pengurusan tertinggi UTeM.
Pada sesi ini turut menyaksikan penganugerahan Hadiah Akademik Pelajar Cemerlang kepada 54 graduan yang telah menepati kriteria cemerlang.
UTeM turut berbesar hati memberikan nombor plat eksklusif UTeM kepada lima graduan yang kini bergelar alumni.
Untuk rekod konvokesyen UTeM kali ini menyaksikan seramai 2,979 graduan di peringkat Ijazah Doktor Falsafah, Doktor Kejuruteraan, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma akan menerima penganugerahan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ANJUR BACAAN YASIN, TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH
KLEBANG 15 April - Kerajaan Negeri menganjurkan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal...
DENTUMAN ‘MANTERA’ MANA LAGI, MELAKA LER
SERI NEGERI 15 April - Tahun Melawat Melaka (TMM) yang bermula pada 2024 yang lalu telah menyaksikan sektor pelancongan Melaka...
WRUR: KAEDAH BAHARU MERAKYATKAN PENTADBIRAN MELAKA
SERI NEGERI 15 April - Dalam mengharmonikan masyarakat dan menyantuni denyut nadi rakyat, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri...
‘KUASA’ KEBERANIAN, IDEA DI LUAR KOTAK AB RAUF YUSOH
SERI NEGERI 15 April - Tanggal 31 Mac 2025, genap dua tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diberi amanah...
PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT MELAKA SASAR LEBIH 4,000 PENYERTAAN
SERI NEGERI 15 April - Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka...
WARGA EMAS MAUT DILANGGAR KERETA KETIKA LINTAS JALAN
BUKIT KATIL 15 April - Warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Penghulu Jaabar, di...