21 calon STPM Melaka peroleh PNGK 4.0

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BUKIT BARU 23 Julai – Seramai 21 pelajar Negeri Melaka yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah berkata, seramai 1,093 calon mendaftar untuk menduduki STPM 2023 dan daripada jumlah hanya 1,081 yang hadir.

“Daripada jumlah calon yang menduduki peperiksaan seramai 21 memperoleh PNGK 4.0 diikuti 62 calon mendapat 3.75 keatas. Sementara itu 164 calon pula mendapat 3.0 keatas, diikuti 362 calon mendapat 2.75 keatas dan seramai 375 lagi calon memperoleh 2.0 keatas.

“Justeru itu Purata Nilai Gred Kumulatif STPM Melaka 2023 mencatatkan 2.81 mata,” katanya ketika sidang media pada Majlis Aspresiasi Peperiksaan STPM 2023, di Dewan Bestari, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Jalan Bukit Baru, hari ini.

Menurutnya, daripada 1,081 calon yang hadir menduduki peperiksaan seramai 1,077 calon layak menerima sijil.

“Hanya 0.37 peratus atau empat calon sahaja tidak layak menerima sijil STPM 2023. Peratusan calon yang mendapat lulus penuh dalam empat dan lima mata pelajaran turut merekodkan peningkatan iaitu sebanyak 99.63 peratus atau 1,077 calon,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3787
Kongsi :
Previous post Empat individu direman bantu siasatan kes culik kanak-kanak di Iskandar Puteri
Next post Kanak-kanak perempuan hilang diculik, ditemukan selamat di hotel murah di Batang Kali
Ubah saiz-+=