Sorting by

×

‘2022 tutup buku’: Imbasan Mei 2022

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

8 Mei 2022

Aidilfitri: Melaka catat 676 kemalangan, empat maut

Melaka – Melaka mencatatkan sebanyak 676 kes kemalangan dengan empat dilaporkan maut sepanjang pelaksanaan Op Selamat 18 bermula 29 April hingga 8 Mei.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superitendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, berlaku kemasukan kenderaan dalam jumlah yang tinggi ke Melaka sepanjang cuti perayaan Aidilfitri lalu susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh kerajaan.

12 Mei 2022

Tragedi Balik Makan, lima rentung

KUALA KANGSAR – Lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) , Kuala Kangsar rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas terbabit kemalangan dengan dua treler di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Kuala Kangsar.
Kejadian berlaku ketika semua mangsa dalam perjalanan pulang ke kampus selepas menikmati makan malam di Ipoh.

mei (lima rentung)
Tragedi balik makan, lima rentung.

15 Mei 2022

Melaka tuan rumah Hari Wartawan Nasional

Melaka – Melaka menjadi tuan rumah sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 yang dijadual berlangsung pada 29 Mei , dan bertujuan bagi menghargai profesion kewartawanan di negara ini.
Mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata sambutan HAWANA itu akan diadakan sebagai acara tahunan dengan sokongan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI).

29 Mei 2022

Melaka dicadang jadi Pusat Kajian Kewartawanan – PM

Melaka – Melaka dicadang untuk dijadikan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia yang pertama di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata cadangan itu relevan dengan mengambil kira sejarah Melaka sebagai antara tempat bermulanya perkembangan dunia kewartawanan.

30 Mei 2022

RORO Melaka-Dumai mampu rancakkan ekonomi dua negara

Melaka – Perkhidmatan feri pengangkut ‘Roll On Roll Off’ (RORO) Dumai-Melaka yang menghubungkan Malaysia dan Indonesia dilihat mampu merancakkan lagi pembangunan sektor ekonomi, pelancongan dan sebagainya kepada kedua-dua negara, jika ia dapat direalisasikan.
Gabenor Riau H Syamsuar berkata ia antara perkara yang dibincangkan dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam selain jambatan Melaka-Rupat, Dumai bagi perhubungan antara Thailand, Malaysia dan Indonesia melalui Dumai sempena kunjungan hormat ke Istana Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1660
Kongsi :
Previous post 2023 tahun transformasi lokasi ‘gelap’ Ayer Keroh
Next post PENDIKA, TNB dan Surau Anak Air santuni asnaf
Ubah saiz-+=