20,000 ORANG MELAKA GAMATKAN HARI SUKAN NEGARA

Masa Membaca:56 Saat

BANDA HILIR 12 Oktober – Dianggarkan Kira-kira 20,000 memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2024, hari ini.

Jumlah itu merangkumi 3,796 penyertaan di daerah Alor Gajah, 3,605 di Jasin, 2,550 di daerah Melaka Tengah dan lebih 10,000 pada sambutan peringkat negeri yang berlangsung di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, malam ini.

Pada acara kemuncak sebentar tadi, sebanyak tiga acara larian dianjurkan iaitu Larian Ria Madani, Night Run dan Family Walk membabitkan penyertaan peserta berbilang kaum dan usia.

Upacara pelepasan peserta larian telah disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri, serta tetamu lain.

HSN2024 tahun ini telah mencipta kelainan apabila acara kemuncaknya diadakan pada sebelah malam di lokasi tumpuan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Sambutan selama sehari itu diadakan serentak di kesemua tiga daerah dalam Negeri Melaka membabitkan lebih 43 acara sukan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

505
Kongsi :
Previous post MBMB KESAN PEMILIK BANGUNAN RUNTUH
Next post SUKAN MENYATUKAN RAKYAT MELAKA – KM
Ubah saiz-+=