
20,000 berselawat
AYER KEROH 2 Oktober – Dianggarkan lebih 20,000 orang Melaka hadir memeriahkan Program Bandaraya Melaka Berselawat 2022 berlangsung di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), di sini, malam ini.
Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang diiringi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan serta Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis
Hadir memeriahkan suasana bersama puluhan ribu pengunjung Ahli Dewan Negara Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu.

Program dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah yang kemudian disusuli dengan bacaan Rawi, Maulid dan Qasidah.
Pengisian program kemudian diteruskan dengan Tausiyah yang disampaikan oleh penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus.
Turut bersama, memeriahkan penganjuran Bandaraya Melaka Berselawat 2022, Penceramah Bebas Ustaz Wadi Annuar dan Habib Ali Zaenal Abidien Al Hamid.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....