Sorting by

×

2,000 ‘SERBU’ JAPERUN TANJUNG BIDARA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

TANJUNG BIDARA 13 Oktober – Lebih 2,000 peserta dan pengunjung hadir memeriahkan Sambutan Hari Kesihatan Mental Peringkat Negeri Melaka dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat berlangsung di Japerun Tanjung  Bidara, hari ini.

Penganjuran itu dimeriahkan lagi dengan penganjuran Funwalk & Funride Summer @Tanjung Bidara yang  membabitkan peserta sekitar Negeri Melaka.

Terdahulu Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab  Rauf Yusoh, juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara melepaskan peserta larian dan berbasikal.

Beliau kemudian merasmikan Kejohanan Sukan Seni Mempertahankan  Diri Peringkat Negeri Melaka berlangsung di Dewan Japerun Tanjung Bidara.

Ketua Menteri kemudian melawat reruai pameran membabitkan agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Negeri yang mempromosikan amalan gaya hidup sihat khususnya aspek kesihatan mental.

Paling menarik perhatian adalah reruai pameran daripada Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace (PUSPEKA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Hadir sama pada program itu Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar  Arshad, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh.

Turut hadir Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Siti Faizah Abd  Azis, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi  dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah serta Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr. Ruzita Mustaffa.

Turut berlangsung pada program itu adalah pertandingan futsal dan cabutan bertuah menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2295
Kongsi :
Previous post LUASKAN PASARAN AIR KOTAK BUAH MELAKA
Next post MENTAL SIHAT FIZIKAL MANTAP
Ubah saiz-+=