Sorting by

×

200 warga Pusat Perubatan Klebang rai Aidilfitri

Masa Membaca:39 Saat

BANDA HILIR 20 Mei – Pusat Perubatan Klebang atau dikenali sebagai Oriental Melaka Straits Medical Centre menganjurkan sambutan jamuan makan malam Hari Raya Aidilfitri di sebuah hotel, di sini, baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Soon Teck, sambutan tersebut bertujuan untuk memupuk semangat silaturahim antara warga kerja pusat perubatan dengan rakan strategik mereka.

“Anjuran ini dianjurkan sempena Hari Aifilfitri dan ulangtahun Pusat Perubatan Klebang ke-8 ,” katanya.

Selain daripada menjamu selera, para hadirin juga berpeluang beramah mesra di antara satu sama lain semasa jamuan diadakan.

Lebih kurang 200 tetamu yang menghadiri sambutan tahunan tersebut termasuk doktor-doktor pusat perubatan tersebut.

Pusat Perubatan Klebang merupakan sebuah hospital swasta yang mendapat akreditasi Malaysia Society for Quality in Health (MSQH) pada 2015.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1168
Kongsi :
Previous post Kembalikan senyuman anak yatim di Aidilfitri
Next post Pemimpin Kanan China lawat Jonker Street
Ubah saiz-+=