200 tikar percuma kepada pengunjung Hari Malaysia 2022
Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd (PMH) Siti Ainshah Osman berkata tikar berukuran 4×5 meter itu akan diberikan kepada mereka yang berkeluarga bagi keselesaan sepanjang acara berlangsung.
“Sebanyak 200 tikar itu akan mula diedar pada malam sambutan tersebut dan ditambah mengikut keperluan.
“Kakitangan PMH akan edarkan kepada pengunjung terutama yang mempunyai anak kecil yang berada di sekitar pentas utama dan Dataran Sejarah agar dapat duduk bersantai dengan lebih selesa,” katanya kepada Bernama.
Dijangkakan, seramai 20,000 pengunjung akan memeriahkan sambutan Hari Malaysia 2022 bermula pada 8 malam yang menampilkan keunikan dengan tema busana era 50-an dan 60-an.
Bagi menampung jumlah kehadiran pengunjung di lokasi tengah-tengah pusat pelancongan itu, Dataran Pahlawan terletak bersebelahan Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan turut digunakan dengan skrin gergasi dan sistem audio disediakan bagi membolehkan pengunjung mengikuti sambutan secara langsung. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ORANG JASIN, JOM TUKAR BARANG TERPAKAI JADI DUIT 7 DISEMBER INI
JASIN 20 November - Orang Melaka khususnya warga Jasin dipelawa menjana ekonomi sampingan dengan menjual sisa barangan terpakai di rumah...
WARIS PENDEPOSIT SIMPAN SSPN TERIMA MANFAAT LEBIH RM129,000
AYER LIMAU 20 November - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Program Ziarah PTPTN Prihatin telah mengunjungi waris salah...
MELAKA SERIUS PERKASA TVET
AYER KEROH 20 November - Kerajaan Negeri menerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Melaka mengambil beberapa pendekatan...
TEATER FANTASI CAT CIT COT IMBAU SUASANA PANDEMIK COVID-19
AYER KEROH 20 November - Menggunakan Geran Sektor Kebudayaan (GSSK 2024) Sikunang Venture dengan kerjasama Pertubuhan Teater Melaka (PERTEM) bakal...
100 USAHAWAN MHH MERIAHKAN FESTIVAL HALAL ANTARABANGSA MELAKA
SERKAM 20 November - Sebanyak 100 usahawan tempatan yang berpusat di Melaka Halal Hub (MHH) Serkam akan mengambil bahagian pada...
‘JADI EXCO KESIHATAN SATU CABARAN’
AYER KEROH 20 November - Tidak pernah berada dalam bidang kesihatan mahupun bergelar doktor bukan penghalang untuk seorang pemimpin menggalas...