
200 anak muda berkonvoi tanda solidariti untuk Palestin
AYER LIMAU 5 November – Lebih 200 motosikal berkonvoi menunjukkan tanda solidariti ke atas Palestin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mhyteen Kunju Basheer berkata, konvoi motosikal itu disertai anak muda termasuk wanita melibatkan kerjasama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menurutnya, kembara itu telah mengelilingi kira-kira 40 kilometer membabitkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau.
“Alhamdulillah penganjuran kali ini sekali gus mampu menyuntik fahaman dan kesedaran masyarakat dalam menyebarkan solidariti dalam kemelut yang berlaku di Palestin.
“Program ini telah mengelilingi seluruh kawasan Ayer Limau dan disertai anak-anak muda DUN ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Peringkat Daerah Alor Gajah di Kompleks Komuniti Tan Sri (Dr) Abu Seman Masjid Tanah, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Murid (HEM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah, Muhammad Hamka Dollah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL
ALOR SETAR 9 Mac - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini,...
PERHILITAN N.SEMBILAN SIASAT DAKWAAN DUA TAPIR BERKELIARAN DI TAMAN PERUMAHAN
SEREMBAN 9 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan...
DULU DIANGGAP ‘GILA’, KINI WANITA CONTOH
DUYONG 9 Mac - Siapa sangka atau menduga insan yang dahulunya fakir, dianggap 'gila' kerana sering ‘melepak’ di kaki lima...
DAK NOR KINI WANITA KEBANGGAAN NEGERI MELAKA
DUYONG 9 Mac - Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio, 41, atau lebih popular dengan panggilan Dak Nor kini boleh...
LORI SEDANG DITUNDA TERBALIK DI PENDANG, LORONG PLUS ARAH SELATAN TERHALANG
ALOR SETAR 9 Mac - Trak tunda yang sedang menunda sebuah lori sarat muatan tomato terlibat dalam kemalangan di Kilometer...
LEBIH 2,000 PENCINTA ALAM SAKSI KEHADIRAN BURUNG HIJRAH
KUALA LINGGI 9 Mac - Lebih 2,000 pencinta alam tempatan dan luar negara berhimpun pada Program Raptor Watch Tanjung Tuan...