20 lembu dijumpai mati dalam kandang buah naga di Taiping

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

IPOH, 31 Jan – Sebanyak 20 ekor lembu ditemukan mati dalam sebuah ladang buah naga di Sungai Rotan Padang Gajah, Taiping semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata kesemua bangkai lembu itu yang ditemukan pekerja lelaki ladang itu di sekitar lingkungan dua kilometer (km) dalam kawasan ladang berkenaan pada pukul 9.45 pagi.

“Pengadu telah membuat pemeriksaan terhadap lembu itu dan dapati mati lalu datang ke balai polis untuk membuat laporan tidak mahu bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemilik lembu berusia lingkungan 30-an yang mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM80,000 turut membuat laporan polis terhadap kejadian itu.

Menurutnya siasatan awal mendapati jumlah kesemua lembu ternakan milik lelaki itu adalah sebanyak 160 ekor manakala jarak antara ladang buah naga dan kandang lembu adalah kira-kira 6 km.

Osman berkata Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah mengambil sampel tadahan air yang terdapat di dalam tong besi dan racun tanaman yang digunakan untuk pertanian di lokasi kejadian untuk tujuan analisis.

“Siasatan lanjut di tempat kejadian, pasukan veterinar telah membuat bedah siasat terhadap bangkai lembu di tempat kejadian telah mengambil jantung, limpa, paru-paru hati dan ginjal untuk dianalisis bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Permohonan laporan bedah siasat pihak veterinar akan dibuat dalam masa terdekat dan kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1844
Kongsi :
Previous post PKRC MAEPS 2.0 ditutup secara rasmi 8 Feb ini
Next post Singa, naga kembali ‘beraksi’
Ubah saiz-+=