Sorting by

×

#1JAMSETIAPSABTU tawar hadiah istimewa

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER MOLEK 24 Okt. – Kempen 1 Jam Setiap Sabtu dilancarkan bagi menangani penularan wabak demam denggi yang serius secara menyeluruh di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, kempen menggunakan tanda pagar #1JAMSETIAPSABTU dan #KITABERSIHRUMAHKITA itu menyeru masyarakat agar memupuk kesedaran meluangkan masa sejam pada Sabtu bagi membersihkan persekitaran dalam rumah termasuk ke seluruh kawasan luar kediaman.

Jelansnya, kempen dengan penggunaan tanda pagar di laman media sosial itu menawarkan orang ramai menyertai pertandingan dengan melaksanakan pembersihan di kawasan kediaman masing-masing.

“Peserta hanya perlu memuat naik gambar sebelum dan selepas kerja-kerja pembersihan yang dilakukan di laman Facebook dengan ‘tag’ laman Melaka Sihat.

“Foto kreatif dengan ‘like’ tertinggi yang menjadi pilihan juri akan mendapat cenderahati istimewa bagi pertandingan ini,” katanya.

Pada masa sama, ujar beliau, pertandingan yang diadakan itu antara kaedah kerajaan negeri biarpun pelbagai pelbagai program berskala besar bagi menurunkan rekod wabak terbabit dalam tempoh penularan pandemik COVID-19

“Kempen seperti ini memastikan masyarakat perlu peka dengan wabak yang berlaku dengan menggunakan pendekatan aktivti yang disarankan dalam tempoh 1 jam setiap Sabtu perlu berfokuskan elemen cari dan musnah.

“Malah, mewujudkan persekitaran bebas pembiakan nyamuk Aedes bersama ahli keluarga dengan memeriksa kawasan dalam dan luar rumah, pembersihan pasu
bunga, ‘landskap’, bekas atau tong air dan pelbagai lagi dengan menggunakan senarai
semak Cari dan Musnah.

Kumpulkan semua sampah yang berpotensi menakung air termasuk kawasan tanah kosong, jalan belakang dan persekitaran rumah dan bahu jalan,”katanya.

Views:

751
Kongsi :
Previous post Denggi Melaka meningkat kepada 2,376 kes
Next post Waktu operasi peniagaan dihadkan
Ubah saiz-+=