PMK guna kaedah pandu lalu daftar pelajar baharu

Masa Membaca:53 Saat

KESIDANG 2 Mac. – Politeknik Melaka (PMK) melaksanakan kaedah pandu lalu bagi mendaftarkan kemasukan 104 pelajar baharu di institusi pengajian itu, semalam.

Pengarahnya, Razali Johari berkata, pelajar hanya perlu menjalani pemeriksaan suhu badan dan mengimbas kod MySejahtera manakala ibu bapa tidak dibenarkan untuk mengiring anak masing-masing masuk ke kampus .

“PMK cuba ambil langkah proaktif untuk memudahkan semua pihak sekali gus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Pelajar dari zon Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diwajibkan menjalani pengasingan selama 10 hari di rumah penginapan masing-masing.

“Mereka akan dipantau oleh pegawai dari Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP),” katanya kepada MHI.

Razali berkata, medium komunikasi untuk pelajar telah diwujudkan bagi memudahkan kaedah berkomunikasi dengan pihak JHEPP selain memuat naik maklumat terkini daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sesi pengajian diteruskan seperti biasa, cuma rentetan peningkatan kes COVID-19, pengajian dijalankan secara hybrid.

“Pendaftaran pelajar secara pandu lalu yang berlangsung selama dua hari bermula semalam, berjalan dengan lancar dengan pantauan pihak berkuasa,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

988
Kongsi :
Previous post Majlis sosial, kenduri kahwin di kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan
Next post Lebih banyak sektor pelancongan dibenar operasi di negeri PKPP
Ubah saiz-+=