
19 dipilih sekolah angkat seni budaya Melaka
AYER KEROH 14 Mei – Sebanyak 19 sekolah menengah dan rendah di negeri ini terpilih menyertai Program Sekolah Projek Angkat Seni Budaya Institut Warisan Melaka (INSWA).
Pengurus Besar INSWA, Drs. Mohd Nasruddin Rahman berkata, pihaknya telah menghantar tenaga pengajar terlatih ke setiap sekolah terlibat membabitkan ketiga-tiga daerah di negeri ini.
Menurut beliau, program tersebut telah bermula sejak tahun 2001 yang mana ia bertujuan untuk terus menyuburkan warisan seni dan budaya di negeri ini.
“Semua pelajar terlibat akan diberikan latihan tarian, gendang warisan dan vokal bagi memastikan mereka menerima ilmu pengetahuan tentang budaya dan warisan.
“Setiap tahun kita menerima banyak permohonan sekolah di seluruh Negeri Melaka tetapi hanya beberapa sekolah akan dipilih pada setiap tahun.
“Program ini telah bermula pada 22 April di Balai Adat Perkampungan Hang Tuah, Duyong yang mana kita menggabungkan sekolah-sekolah terpilih menyertai program ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Drs. Mohd Nasruddin, selain latihan di Balai Adat, INSWA turut menganjurkan bengkel di sekolah-sekolah terlibat seluruh negeri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April - Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai...
AL-QURAN JADI PENDAMPING MUALAF
BANDARAYA MELAKA - Perjalanan menjadi seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun itu tidak menghalang mereka menghabiskan bacaan 30 juzuk...
PENGGIAT SENI BUDAYA MELAKA TIDAK DILUPAKAN
AYER KEROH 2 April - Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyantuni seramai 16 bekas penggiat...
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...