188 unit rumah kluster dua tingkat bermula RM340,000
JASIN 22 Januari – Pemaju Perumahan Scientex Height Sdn Bhd baharu melancarkan Rumah Kluster Dua Tingkat di Scientex Bandar Jasin di sini.
Menurut Eksekutif Pemasaran dan Jualan Scientex Bandar Jasin, Azezul Zaiman Oseman berkata rumah kluster tersebut mula dibuka kepada bakal pembeli dengan yuran tempahan (booking fees) serendah RM500.
Katanya, rumah yang berkeluasan ’32 X 65′ dengan 1,868 kaki persegi itu turut menawarkan halaman yang luas.
“Rumah dua tingkat terdapat dua jenis iaitu Rumah Dua Tingkat Semi Double dan Rumah Dua Tingkat Kluster.
“Daripada 188 unit, sebanyak 160 unit rumah dua tingkat kluster ditawarkan manakala rumah dua tingkat semi double hanya 28 unit.
“Pemaju menyediakan lot rumah untuk Bumiputera dan bukan Bumiputera (non-bumi) dijangka siap pada 2026,” katanya ketika ditemui pada pelancaran rumah contoh.
Jelasnya, bakal pembeli yang membuat tempahan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah sebuah kereta Perodua Bezza serta pelbagai lagi hadiah menarik.
Orang ramai yang ingin membuat tempahan atau mahu mengunjungi rumah contoh boleh membuat temujanji secara dalam talian dengan melayari laman web di www.scientex.com.my atau hubungi di nombor 06-2519770 atau 012-5197350.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SEEKOR LEMBU ‘DITUMBANGKAN’, TOK SIDANG ‘MEREWANG’ UNTUK KENDURI RAKYAT
BANDA HILIR 30 Disember - Lebih 150 Sidang Kampung ‘merewang’ menyediakan pelbagai hidangan percuma untuk orang ramai pada program Kenduri...
DUA KEMATIAN AKIBAT DENGGI DI MELAKA SETAKAT NOVEMBER
SERI NEGERI 30 Disember - Dua kematian akibat denggi direkodkan di Negeri Melaka iaitu di daerah Melaka Tengah dan Jasin...
AKTIVITI PENUNGGAHAN ARANG BATU PELABUHAN TANJUNG BRUAS DIPANTAU
SERI NEGERI 30 Disember - Aktiviti pemunggahan arang batu di Pelabuhan Tanjung Bruas, Tanjung Kling sedang dipantau pihak berkuasa termasuk...
WABAK DENGGI DI MELAKA MENINGKAT 82.3 PERATUS
SERI NEGERI 30 Disember - Jumlah kes denggi di Melaka meningkat kepada 2,168 kes atau 82.3 peratus sehingga minggu ke-51,...
66 PASUKAN COMBI AKTIF CEGAH WABAK DENGGI DI MELAKA
SERI NEGERI 30 Disember - Sebanyak 66 pasukan 'Communication for behavioral impact' (COMBI) aktif menjalankan aktiviti mencegah penularan wabak denggi...
12 USAHAWAN DAPAT MANFAAT SEWA SETAHUN PERCUMA DI PULAU MELAKA
SERI NEGERI 30 Disember - Inisiatif sewa percuma selama setahun di premis perniagaan milik Perbadanan Ketua Menteri (CMI) di Pulau...