Sorting by

×

186 masjid di Melaka dijangka akan miliki koperasi

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

BANDARAYA MELAKA 11 Jan. – Kesemua masjid di negeri ini dijangka akan menubuhkan koperasi sendiri bagi membantu ahli kariah mendapatkan barang keperluan harian dengan lebih murah.

Presidan Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya komited memastikan kesemua masjid di Melaka akan mempunyai koperasi masing-masing biarpun hanya 38 koperasi telah didaftarkan dari keseluruhan 186 masjid di Melaka.

Katanya, strategi untuk mewujudkan koperasi itu dijangka diselesaikan menjelang bulan Ramadan.

PRESIDEN Angkasa, Datuk Dr. Abdul Fattah Abdullah. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Selepas ini kita percaya semua komuniti terutama masyarakat Islam di Melaka tidak ada masalah untuk dapatkan bekalan harian dengan harga berpatutan.

“Semua koperasi itu akan ditubuhkan di bawah Koperasi Gabungan Masjid Melaka yang akan mewujudkan sebuah konsortium masjid dan menjadi pembekal bersama ANGKASA untuk kita dapatkan barangan dengan harga lebih murah kerana dibeli secara pukal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Koperasi Kakitangan ANGKASA (KOKITA) dan Syarikat CCM Manufacturing and Packaging Sdn. Bhd. diadakan di Hotel Majestic, di sini hari ini.

Program yang diadakan itu telah disaksikan Yang di Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

TUN Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menurunkan tandatangan simbolik kepada pelancaran CCM Safe sempena Majlis Perjanjian Persefahaman Koperasi Kakitangan Angkasa Berhad bersama CCM Manufacturing & Packaging di Hotel Majestic Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Dalam pada itu, Abdul Fattah berkata, penubuhan koperasi di setiap masjid di negeri ini seiring dengan petunjuk prestasi utama (KPI) ANGKASA bagi memberi jaminan kepada kerajaan untuk menawarkan barangan yang lebih murah dalam Program Pembekalan Barangan Asas 100 (BA100).

“Dalam BA100 kita memberi jaminan akan membantu menawarkan harga barangan potongan dari lima hingga 15 peratus di mana ia lebih murah dari harga pasaran biasa.

“Jadi, sekiranya hasrat menubuhkan koperasi masjid ini mampu dicapai, Insyallah potongan itu kita mungkin boleh capai sehinga 15 hingga 30 peratus,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1899
Kongsi :
Previous post Bina baharu rumah rosak teruk akibat banjir – KM
Next post Isu tunggakan gaji pemain, pegawai MUFC akan diselesaikan
Ubah saiz-+=