174 kakitangan cemerlang JAIM terima APC
BANDA HILIR 7 Jan – Seramai 174 kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), hari ini.
Turut diraikan seramai 34 guru-guru JAIM yang bakal menamatkan perkhidmatan pada tahun ini.
Pengarah JAIM, Datuk Che Shukri Che Mat berkata, pengiktirafan itu sebagai penghargaan atas sumbangan dan jasa bakti yang cemerlang ditunjukkan kakitangan sepanjang berkhidmat.
“Anugerah ini akan menyuntik semangat dan inspirasi semua kakitangan supaya terus cemerlang dan berbakti kepada anak bangsa.
“Kita antara negeri tercemerlang yang dapat mengekalkan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 100 peratus selama 10 tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Tahun 2021 di Hotel Hatten di sini hari ini.
Che Shukri berharap pengiktirafan itu akan menjadi contoh bukan hanya antara kakitangan, malah untuk rakan-rakan yang lain.
“Penjawat awam yang ada di hadapan saya ini penjawat awam yang cemerlang dan telah melaksanakan tanggungjawab dengan berdedikasi.
“Diharap warga JAIM dapat meninggalkan budaya berpada-pada apa yang ada kepada budaya baharu iaitu mendahului perubahan, memimpin peradaban,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TUNAI AMANAH HADIAHKAN ‘SYURGA’ BAHARU
ASAHAN 28 Januari - 'Tolong tengok-tengokkan keluarga saya' menjadi kata-kata terakhir yang dizahirkan seorang insan bergelar suami sebelum menghembuskan nafas...
GALERI MUNSYI ABDULLAH TARIKAN PELANCONGAN TERBAHARU MELAKA
BANDARAYA MELAKA 28 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan satu lagi produk pelancongan sejarah baharu menerusi pembukaan Galeri Munsyi...
PERTANDINGAN ‘JOM LAWAT DAN MENANG’ ZOO MELAKA DILANJUTKAN
AYER KEROH 28 Januari - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) melanjutkan tarikh tutup Pertandingan Jom Lawat dan Menang Zoo...
MAIM SEDIA KERJASAMA MAJUKAN TANAH WAKAF
BANDARAYA MELAKA 27 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat untuk membangunkan...
LANJUTAN TAHUN MELAWAT MELAKA DISAMBUT BAIK PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN
AYER KEROH 27 Januari - Pemain industri pelancongan tempatan menyambut baik keputusan kerajaan untuk melanjutkan kempen Tahun Melawat Melaka yang...
BURUH WARGA ASING MAUT JATUH DI TAPAK PEMBINAAN DI MERU RAYA
IPOH 27 Januari - Seorang pekerja binaan warga asing maut selepas terjatuh dari ketinggian lapan meter di tapak pembinaan bangunan...