Sorting by

×

1,700 pek bubur lambuk diagih kepada penduduk

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

MASJID TANAH 26 Feb. – Sebanyak 1,700 pek bubur lambuk sumbangan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali telah diagihkan kepada penduduk setempat dalam kawasan Parlimen Masjid Tanah hari ini.

Program Kongsi Rezeki anjuran Penyelaras Masjid-Masjid Negeri Melaka itu diadakan di pekarangan Masjid Al Sultan Abdullah, di sini, bermula jam 9 pagi.

Pengerusinya, Ahyad Abdullah berkata, program mingguan itu diadakan di setiap masjid dan akan diperluaskan ke seluruh Parlimen di negeri ini sekali gus mampu menggalakkan kesepakatan penduduk dalam mengimarahkan masjid.

SITI MUNIRAH membantu kerja pembungkusan bubur secara gotong-royong bersama kakitangan masjid.

Katanya, bubur lambuk yang dimasak dalam program itu kemudiannya diagihkan kepada enam masjid dan sebuah surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu.

” Ini merupakan penganjuran kali kelima diadakan dan kita akan menyasarkan program ini secara meluas bagi mencapai hasrat untuk berkongsi rezeki kepada orang ramai sekali gus mengeratkan lagi silaturrahim antara penduduk,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.

Program itu disempurnakan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Utama Siti Munirah Yusop dan turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka(MAIM), Datuk Md. Rawi Mahmud.

Terdahulu kira-kira 20 kakitangan masjid bergotong-royong memasak bubur lambuk dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

734
Kongsi :
Previous post Vaksin: Masyarakat berbilang kaum boleh jalani kehidupan normal
Next post Tentera darat bakal terima enam helikopter MD-530-G bernilai RM321.9 juta
Ubah saiz-+=