Sorting by

×

170 PEGAWAI SYARAK DUN AYER LIMAU TERIMA SUMBANGAN RAMADAN

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER LIMAU 22 Mac – Seramai 170 pegawai syarak di kawasan Dewan Undangan Negeri. (DUN) Ayer Limau menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Hameed menyifatkan jasa perkhidmatan setiap pegawai syarak di kawasan DUNnya amat besar kerana sumbangan setiap mereka terhadap masyarakat setempat adalah tidak ternilai.

“Seramai 170 pegawai syarak termasuk pengurusan jenazah lelaki/wanita dan pengerusi masjid dan surau dalam DUN Ayer Limau telah terima sumbangan sempena Ramadan

“Terima kasih saya ucapkan kepada setiap pegawai syarak yang terlibat dan semoga Ramadan kali ini akan memberikan syafaat kepada seluruh umat Islam di negara ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas Program Penyampaian Sumbangan Ramadan Pegawai-Pegawai Syarak DUN Ayer Limau di Masjid Ubudiah, Ramuan China Kechil, di sini, hari ini.

Hameed yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata, setiap pegawai syarak dalam DUN itu telah menjalankan tanggungjawab serta amanah dengan sebaiknya bagi memastikan kawasan kariah masing-masing sentiasa diimarahkan.

“Komitmen yang diberikan kesemua pegawai syarak yang telah menjaga masjid di kawasan kariah masing-masing adalah amat cemerlang dan ia dapat dilihat dari segi kepelbagaian aktiviti di setiap kariah dalam kawasan DUN ini.

“Setiap mereka (pegawai syarak) telah mengambil tanggungjawab serta amanah dengan baik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post IBU SIMBAH ANAK DENGAN AIR PANAS KERANA MAIN ALAT SOLEK
Next post 15 TAHUN TAK PERNAH LUPA BELANJA BAJU RAYA