
17 mangsa banjir di Jasin masih ditempatkan di PPS
SUNGAI RAMBAI 15 Oktober – Seramai 17 mangsa banjir di Daerah Jasin masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan banjir yang melanda di beberapa kawasan sejak beberapa hari lalu.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa dari tujuh keluarga itu ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat, di sini.
Menurut kenyataan itu, terdapat tiga kawasan masih terjejas dengan banjir iaitu di Kampung Lanchang, Parit Penghulu Benteng dan Kampung Tasek.
“PPS SK Seri Mendapat telah dibuka pada jam 8 malam, 12 Oktober lalu berikutan banjir dan fenomena air pasang besar yang berlaku serentak.
“Bagaimanapun hanya daerah Jasin sahaja yang terjejas dan tiada mangsa direkodkan di Daerah Melaka Tengah serta Alor Gajah,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KEMBARA SAHUR MAIM IMARAH RAMADAN
AYER KEROH 10 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memperkasa program dakwah dan kebajikan sepanjang Ramadan dengan pelbagai...
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL
ALOR SETAR 9 Mac - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini,...
PERHILITAN N.SEMBILAN SIASAT DAKWAAN DUA TAPIR BERKELIARAN DI TAMAN PERUMAHAN
SEREMBAN 9 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan...
DULU DIANGGAP ‘GILA’, KINI WANITA CONTOH
DUYONG 9 Mac - Siapa sangka atau menduga insan yang dahulunya fakir, dianggap 'gila' kerana sering ‘melepak’ di kaki lima...
DAK NOR KINI WANITA KEBANGGAAN NEGERI MELAKA
DUYONG 9 Mac - Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio, 41, atau lebih popular dengan panggilan Dak Nor kini boleh...
LORI SEDANG DITUNDA TERBALIK DI PENDANG, LORONG PLUS ARAH SELATAN TERHALANG
ALOR SETAR 9 Mac - Trak tunda yang sedang menunda sebuah lori sarat muatan tomato terlibat dalam kemalangan di Kilometer...