17 GRADUAN TVET TAHFIZ DITERIMA BEKERJA, 622 SEDANG DILATIH

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 27 September – Program berimpak tinggi TVET Tahfiz yang diperkenalkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah berjaya melahirkan graduan berkemahiran yang diterima industri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini, seramai 17 graduan TVET Tahfiz telah diterima bekerja, manakala 622 lagi sedang dilatih.

“Kita yakin daripada jumlah itu 100 peratus akan diterima bekerja memandangkan kita telah menandatangani memorandum penerimaan (MoA) dengan syarikat-syarikat kejuruteraan dalam budang aeroangkasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Ekspo TVET @ KKDW 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri yang mewakili Ketua Menteri Datuk Khaidhirah Abu Zahar; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah Datuk Rubiah Wang; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid menzahirkan rasa bangga apabila melihat UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) Lumut yang telah melahirkan ramai graduan TVET Tahfiz.

Menurutnya, graduan itu bukan sahaja mahir dalam teknologi, malah Huffaz profesional yang menyumbang kepada pelbagai sektor industri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

26
Kongsi :
Previous post MELAKA JADI PUSAT TVET ARAS TINGGI – TPM
Next post MELAKA SEDIA JADI TUAN RUMAH WTD2025
Ubah saiz-+=