17 das tembakan pembuka Istiadat Penganugerahan

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 25 Ogos – Sebanyak 17 das tembakan meriam membuka tirai Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2024, hari ini.

Ia adalah bersempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam ke-75.

Terdahulu, Tun Dr. Mohd Ali bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman tiba di Balai Istiadat, Seri Negeri kira-kira jam 8.50 pagi dan disambut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya dan diikuti pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh Tun Dr. Mohd Ali.

Perbarisan terdiri daripada lima kontinjen yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Rejimen ke-34 Rejimen Artileri Diraja Leftenan Kolonel Ayob Yahya, diiringi Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja.

Istiadat Penganugerahan itu berlangsung dalam tiga sesi bermula hari ini dan bersambung esok.

Antara penerima utama dalam istiadat berkenaan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dengan dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

421
Kongsi :
Previous post Merdekakan jiwa daripada cengkaman ‘kemalasan’
Next post Tun Dr. Mohd Ali zahirkan rasa dukacita bencana banjir
Ubah saiz-+=