
164 pelajar terima bantuan sekolah fasa 2
ASAHAN 15 Jun – Bagi memastikan pendidikan anak-anak di Melaka terus cemerlang, seramai 164 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menerima sumbangan persekolahan fasa 2, baru-baru ini.
Sumbangan menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan.
Menurut Fairul, pemberian bantuan itu sudah pasti memberi impak yang positif kepada golongan memerlukan tidak mengira lapisan masyarakat.
“Terima kasih Kerajaan Negeri Melaka atas sumbangan persekolahan Fasa 2 melalui Tapem, alhamdulillah tahun 2022 seramai 164 pelajar dari DUN Asahan telah menerima sumbangan persekolahan dari Tapem,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya Jumaat lalu.
Hadir sama Pengerusi Tapem, Datuk Mustafa Musa.
Terdahulu Fairul Nizam berkesempatan menyantuni anak-anak yang menyertai Program Celik Al-Quran anjuran Japerun Asahan, Masjid Tun Khalil dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...