
16 tahanan lokap Balai Polis Mantin positif COVID-19
SEREMBAN 28 Jan. – Seramai 16 tahanan lokap Balai Polis Mantin, Nilai disahkan positif COVID-19 semalam, selepas menjalani saringan baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, semua mereka adalah kontak rapat kepada seorang tahanan lelaki yang positif wabak itu selepas dibawa dari Penjara Sungai Udang, Melaka.
“Mereka akan dipindahkan Kementerian Kesihatan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Penjara Sungai Buloh, Selangor dengan kawalan keselamatan polis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, 31 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang dikenal pasti menjadi kontak rapat tahanan berkenaan juga disaring dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri.
Katanya, balai polis dan bangunan pentadbiran IPD Nilai juga telah disanitasi dan beroperasi seperti biasa.
Views:
Related


Berita Lain
GOLONGAN MEMERLUKAN PARLIMEN JASIN TERIMA SUMBANGAN RAMADAN
MERLIMAU 14 Mac - Golongan memerlukan terus mendapat perhatian apabila sumbangan berjumlah RM15,000 beserta kit Ramadan disalurkan kepada 150 penerima...
MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’
MACHAP JAYA 14 Mac - Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih...
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...