
16 pekerja positif COVID-19, kilang pembuatan di Rembia diarah tutup
ALOR GAJAH 5 Ogos – Sebuah kilang pembuatan di Rembia, di sini diarah tutup selama 10 hari selepas berlaku jangkitan COVID-19 membabitkan pekerjanya.
Exco Kesihatan Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini terdapat 16 kes positif direkodkan membabitkan pekerja kilang terbabit.
Justeru, kilang ditutup selama sembilan hari bermula hari ini sehingga 13 Ogos bagi tujuan kawalan wabak.

“Penutupan kilang juga dilakukan untuk tujuan sanitasi penuh di keseluruhan kilang dan memudahkan Jabatan Kesihatan Negeri menjalankan saringan kontak rapat membabitkan pekerjanya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Terdahulu, foto memaparkan notis penutupan kilang berkenaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tular di media sosial.
Sumber memaklumkan, jangkitan COVID-19 membabitkan pekerja mula menular sejak beberapa hari lalu.
Hal itu memaksa pihak pengurusan kilang melakukan ujian saringan ke atas semua pekerjanya dan menutup operasi buat sementara waktu.
Difahamkan, punca jangkitan masih dalam siasatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...