Sorting by

×

16 PATI ditahan dalam operasi bersepadu JIM

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

MELAKA 4 Mac. Dua kawasan setinggan yang menjadi penempatan pekerja warga asing di Jalan Pulau Senang dan Jalan Bunga Raya, Semabok, dekat sini, ‘digempur’ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka, malam tadi, sekali gus menahan 16 pendatang tanpa izin (PATI).

Timbalan Pengarah Imigresen Melaka K Vishnutharan berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat awam berkaitan kebanjiran warga asing di kawasan itu dan risikan dilakukan pihaknya.

Beliau berkata, serbuan itu turut membabitkan beberapa agensi kerajaan lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dalam serbuan itu seramai 145 warga asing termasuk 32 wanita dan 28 kanak-kanak diperiksa bagi proses dokumentasi.

“Hasilnya 16 PATI ditahan termasuk enam wanita berusia antara 25 hingga 45 tahun atas pelbagai kesalahan seperti tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa di negara ini, memiliki suatu dokumen atau pas disyaki palsu dan lain-lain kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” katanya.

Menurut beliau, baki warga asing yang dibebaskan adalah pemegang kad UNHCR.

“Walaupun ketika serbuan ada cubaan melarikan diri dalam kalangan warga asing terbabit namun mereka berjaya ditahan.

“Difahamkan penempatan warga asing ini wujud sejak beberapa tahun lalu dipercayai disewakan dengan kadar bayaran antara RM250 hingga RM300 sebulan untuk setiap unit kediaman,” katanya.

Beliau berkata semua yang ditahan dibawa ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) bagi menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum di hantar ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

829
Kongsi :
Previous post Suspek kes pecah rumah ditemukan lemas
Next post PKPP 2.0: Melaka kekalkan 5 SJR
Ubah saiz-+=