
16 pasukan ragbi lepas geram
AYER LIMAU 31 Jan – Selepas lebih dua tahun tidak beraksi 16 pasukan ragbi seluruh Melaka berentap pada Kejohanan Ragbi Tertutup 10 Sebelah Piala Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah, semalam.
Naib Presiden Melaka Rugby, Hasmol Watan Shamsol Bahrin berkata, penganjuran dianggap sebagai aksi pemanas badan kali ini mendapat sambutan amat menggalakkan dalam kalangan veteran dan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar negeri ini.
“Kejohanan kali ini memberi peluang kepada peminat sukan ragbi kembali aktif, semua ceria dan mempamerkan permainan terbaik selepas sekian lama tidak beraksi berikutan penetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.
“Kami merancang untuk anjurkan banyak lagi kejohanan tahun ini sebagai persediaan ke pertandingan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
“Alhamdulillah persiapan sedang dilaksanakan membabitkan pelbagai kategori kejohanan ragbi di Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Pertandingan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer yang juga Presiden Melaka Rugby.
Hameed turut menyampaikan hadiah kepada wakil Politeknik Melaka yang muncul johan pertandingan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SUKAN MEMANAH TRADISIONAL BERKEMBANG DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 April - Sesuai dengan saranan agar umat Islam mengamalkan sunnah Rasulullah SAW sukan memanah tradisional kini semakin...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI HIDANG MAKANAN LAUT
SUNGAI RAMBAI 15 April - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dijadualkan berlangsung di Homestay Pak...
KAK SOM OPTIMIS TUNAI MANIFESTO
PENGKALAN BATU 15 April - Pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) antara janji manifesto Pilihan Raya...
SELISIH FAHAM ANGKARA PARKIR, WARGA EMAS PATAH TULANG BELAKANG
ALOR GAJAH 15 April - Warga emas patah tulang belakang selepas ditolak seorang lelaki akibat perselisihan faham dalam kejadian di...
TYT HADIR MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BOMBA MELAKA
BUKIT KATIL 14 April – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Majlis Jalinan...
JENAZAH PAK LAH DIBAWA KE MASJID NEGARA PAGI ESOK
KUALA LUMPUR, 14 April - Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad...