Sorting by

×

16 AGENSI KORPORAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN BERNILAI RM4.642 JUTA

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 19 Disember – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menerima serahan Zakat Perniagaan daripada 16 agensi korporat pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT), di sini, hari ini.

Hadir mengiringi Tun Dr. Mohd Ali pada majlis itu adalah Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Yang turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Datuk Mohamad Azmi Sabtu.

Pada majlis ringkas itu, Lembaga Juruukur Tanah Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat pembayaran Zakat Perniagaan masing-masing berjumlah RM1 juta.

Turut membuat serahan adalah TM Technology Services Sdn Bhd (RM509,262); Fazil Agency (RM500,199); Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (RM400,000); CIMB Islamic Bank Berhad (RM240,000); Agrobank (RM200,000); Maybank Islamic Berhad (RM130,566) dan Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd (RM120,000).

Yayasan Melaka (RM100,000); Affin Islamic Bank Berhad (RM100,000); Lembaga Perumahan Melaka (RM100,000); Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (RM90,042.20); Bousted Plantations Berhad (RM82,111); Bank Simpanan Nasional (RM50,000) dan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka (RM20,000).

Keseluruhan jumlah serahan Zakat Perniagaan pada majlis tersebut bernilai RM4.642 juta.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

102
Kongsi :
Previous post MELAKA TERIMA KUTIPAN ZAKAT LEBIH RM120 JUTA TAHUN 2024
Next post AKHIRNYA SUAMI, ISTERI TINGGAL DALAM KHEMAH SETUJU PINDAH KE RUMAH SEWA
Ubah saiz-+=