Sorting by

×

15,000 DIJANGKA ‘SERBU’ PANTAI TANJUNG BIDARA

Masa Membaca:1 Minit, 50 Saat

SUNGAI UDANG 11 Januari – Kira-kira 15,000 orang dijangka memeriahkan acara kemuncak Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan Antara Badan Beruniform Piala Ketua Menteri Melaka 2025 yang akan berlangsung di Pantai Tanjung Bidara, bulan depan.

Pengerusi penganjur bersama kejohanan, Datuk Rais Yasin berkata, acara kemuncak program itu akan diadakan pada 15 dan 16 Februari dengan pelbagai pengisian acara termasuk sukan rakyat, majlis itu menarik perhatian rakyat untuk bersama-sama menjayakannya.

“Jika kita lihat pada penganjuran Pesta Pantai Tanjung Bidara sebelum ini kehadiran amat menggalakkan dan kali ini dengan skala penganjuran yang lebih besar saya percaya ia boleh libatkan antara 10,000 hingga ke 15,000 kehadiran.

“Antara acara sukan yang boleh disertai oleh rakyat adalah tarik tali, bola tampar pantai, konda kondi serta dam aji malah turut akan diadakan pameran aset.

“Ia bukan sahaja melihat aset di darat tetapi juga laut, selain itu turut diadakan program selawat peringkat DUN Tanjung Bidara,” katanya.

Beliau yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati Dan Sukan Antara Badan Beruniform Piala Ketua Menteri Melaka Tahun 2025, yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, di Lapang Sasar Kem Terendak, Sungai Udang, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka Ke-12 Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Panglima 3 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin dan Panglima 10 Bridge Para, Mejar Jeneral Datuk Khairul Azmizal Ahmad Natal.

Menurut Rais, kejohanan tersebut wajar diangkat dan dijadikan sebagai acara tahunan jika penganjurannya berjaya serta mendapat sambutan hebat.

“Menerusi penganjuran kejohanan ini kita mahu pihak tentera dan anggota kem khusus Kem Terendak ini sentiasa merasakan dapat bersama-sama dengan rakyat Melaka yang lain.

“Malah, sekiranya terdapat apa sahaja pemasalahan terutamanya kebajikan yang memerlukan bantuan katil mahupun kerusi roda mereka boleh hadir ke Japerun berhampiran. Kita mahukan supaya tentera dan rakyat dapat bersama-sama.

“Pihak Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri Melaka tidak pernah anak tirikan sesiapa, malah ini bukti kita sentiasa bergerak bersama-sama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

241
Kongsi :
Previous post MELAKA SASAR 10 PERATUS MASYARAKAT SERTAI SRS
Ubah saiz-+=