Sorting by

×

15,000 dijangka meriahkan Hari Belia Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BANDARAYA MELAKA 10 Ogos – Dianggarkan 15,000 belia akan berhimpun bagi meriahkan sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Melaka, 20 Ogos ini.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata, sambutan bertemakan Himpunan Komuniti Belia Madani itu akan diadakan di Kompleks Sukan Masjid Tanah dan bakal diwarnai dengan pelbagai acara serta program menarik bagi meraikan anak muda yang merupakan aset negara.

Katanya, antara pengisian program yang telah dirangka ialah pertandingan sukan tradisi yang akan dianjurkan oleh persatuan-persatuan yang bergabung di bawah Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM).

“Antara pertandingan yang diadakan termasuklah ‘pecah periuk’ iaitu sejenis sukan tradisi masyarakat India, selain pelbagai lagi sukan tradisi masyarakat berbilang kaum yang lain.

“Turut diadakan pertunjukan wushu, kabadi dan demonstrasi membuat sabun, gubahan belon, ‘bouquet’ bunga, pidato kenegaraan serta pelbagai lagi acara menarik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas bersiaran secara langsung menerusi program Apa Kabau YB di MelakaFM, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shanmugam turut memaklumkan sambutan HBN Negeri Melaka tahun ini akan turut dimeriahkan dengan Perhimpunan Belia Madani anjuran Persatuan Pengakap Melaka.

Katanya, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijangka merasmikan acara kemuncak sambutan berkenaan.

“Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga dijangka akan menyampaikan hadiah kepada tokoh belia lelaki dan wanita, selain tokoh persatuan belia Negeri Melaka,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1782
Kongsi :
Previous post Maut dirempuh kereta terbabas
Next post Kembara Merdeka Seri Setia bawa mesej cintakan negara
Ubah saiz-+=