
150 warga Alor Gajah terima sumbangan Ramadan
MACHAP JAYA 20 April – Seramai 150 rakyat kurang bernasib baik di Parlimen Alor Gajah menerima sumbangan Ramadan oleh kerajaan negeri.
Sumbangan berupa kit makanan dan wang tunai itu disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Sulaiman dalam ucapannya berkata, sumbangan itu diberikan bagi meringankan beban sepanjang Ramadan kepada insan terpilih dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Gadek, Rembia, Asahan dan Durian Tunggal.

“Semoga bulan yang mulia ini dapat menggalakkan lebih ramai daripada kita melakukan amal ibadat termasuk membantu golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.
Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.
Ia turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Mohd Fadhil Hassan, Pegawai Daerah Alor Gajah Rahizi Ranom dan Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Machap Jaya Datuk Rospandi Leman.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...